29 Mac 2017 - 19:15
Raja Salman Pelawa Abdel Fatah Lawat Riyadh

Raja Salman menjemput Presiden Mesir, Abdel Fatah al-Sisi mengunjungi Arab Saudi, di sebalik ketegangan hubungan antara kedua-dua negara sejak beberapa bulan lalu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Raja Salman menjemput Presiden Mesir, Abdel Fatah al-Sisi mengunjungi Arab Saudi, di sebalik ketegangan hubungan antara kedua-dua negara sejak beberapa bulan lalu.

"Abdel Fatah mengalu-alukan jemputan itu dan sebagai balasan menjemput Raja Arab Saudi itu melawat Mesir," kata pejabat presiden dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu juga menyebut, kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan ketika menghadiri Sidang Kemuncak Liga Arab di Jordan, hari ini, bagi membincangkan usaha untuk memperbaiki hubungan antara mereka.

Mesir dan Arab Saudi bercanggah pendapat berhubung isu Syria dan perpindahan dua pulau tidak diduduki di Laut Merah kepada Riyadh.

"Raja Salman berjanji untuk melawat Mesir tidak lama lagi selepas menerima jemputan daripada Presiden Abdel Fatah al-Sisi," kata kenyataan itu. -Reuters